'Program ‘Glamping with Pride’ dibatalkan kerana isu keselamatan' - Penganjur | The Reporter

‘Program ‘Glamping with Pride’ dibatalkan kerana isu keselamatan’ – Penganjur

Penganjur memaklumkan Glamping with pride dibatalkan atas sebab keselamatan.
Program Glamping witih Pride dibatalkan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Program Glamping with Pride telah dibatalkan berikutan kebimbangan keselamatan selepas isu program ini tular dan menimbulkan kontroversi.

Menurut kenyataan rasmi penganjur, pemilik lokasi terpaksa membatalkan tempahan sejak 9 Januari kerana faktor keselamatan. Penganjur turut menerima beberapa ancaman melalui media sosial, yang telah didokumenkan dan akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Penganjur menegaskan keputusan pembatalan bukan kerana aktiviti itu menyalahi undang-undang, tetapi dibuat semata-mata untuk memastikan keselamatan semua peserta.

“Kami bukan ancaman dan bukan orang asing. Kami adalah rakyat Malaysia. Hak untuk hidup dengan selamat, bermaruah dan tanpa ketakutan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” jelas kenyataan itu.

Sebelum isu ini mendapat perhatian, hanya 14 peserta berdaftar, namun jumlah minat meningkat kepada kira-kira 50 individu dalam beberapa hari. Tekanan dan kebimbangan yang timbul menyebabkan peserta kehilangan ruang selamat untuk menghadiri program dalam suasana semula jadi.

Baca juga:

Walaupun program dibatalkan, penganjur menegaskan komitmen untuk meneruskan usaha pendidikan kesihatan dan sokongan komuniti dalam persekitaran yang selamat dan bertanggungjawab.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan agar tindakan tegas diambil terhadap sebarang aktiviti yang melibatkan penganjuran program dikenali sebagai “Glamping with Pride” yang dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral yang didakwa akan diadakan pada 17 dan 18 Januari 2026 di Hulu Langat, Selangor.

Baginda menzahirkan tentangan dan bantahan keras terhadap sebarang penganjuran aktiviti songsang di dalam Negeri Selangor, serta menegaskan bahawa perkara sedemikian tidak boleh diterima sama sekali.

Related Posts