Prince Syed buat laporan polis, dakwa barang kemas dicuri & privasi diganggu | The Reporter

Prince Syed buat laporan polis, dakwa barang kemas dicuri & privasi diganggu

Prince Syed buat tiga laporan polis.
Gambar: Facebook Prince Syed.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beberapa hari lalu, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Prince Syed mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik hantaran video sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-33.

Majlis mewah bertemakan Indian Style itu bukan sahaja meriah, malah mengejutkan netizen apabila dikatakan kek emas 916 yang disediakan bernilai RM200,000. Isterinya turut mencuri perhatian apabila tampil memperagakan perhiasan emas dan berlian yang dianggarkan bernilai hampir RM2 juta.

https://www.tiktok.com/@prince.syed.shahid/video/7526796727211265287?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329
Baca juga:

Namun, menerusi hantaran terbaharu di media sosial, Prince Syed memaklumkan beliau telah membuat beberapa laporan polis susulan kejadian kecurian barang kemas miliknya serta gangguan terhadap privasi peribadi.

“Laporan polis terus dibuat. Hari ini kita buat tiga dulu, kerana kes kecurian barang kemas saya dan kemudian privasi saya diganggu. Kes hasutan terhadap perniagaan saya dan isteri serta banyak sebab lain,” tulisnya.

@prince.syed.shahid

LAPORAN POLIS terus dibuat , harini kita buat 3 dulu report kerana kes kecurian barang emas saya , kemudian privasi sy diganggu , kes hasutan terhadap perniagaan saya dan wife serta banyak sebab dah lewat malam , esok nk kene buat Makeup untuk customer , pastu kita sambung buat report2 untuk tujuan saman untuk ramai individu yg terlibat dan macam2 lagi isu yang sy x boleh beritahu sini atas faktor keselamatan , so look n see ok , sekarang ni apa2 kita citer kat balai polis & Mahkamah jer senang biar pihak berkuasa jer buat tindakan

♬ original sound – Prince Syed Couture – Prince Syed Couture

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa lagi laporan akan menyusul untuk tujuan tindakan undang-undang.

“Esok nak kena buat makeup untuk customer, lepas tu kita sambung buat report untuk tujuan saman ramai individu yang terlibat dan macam-macam lagi isu yang saya tak boleh beritahu di sini atas faktor keselamatan,” katanya.

Menerusi ruangan komen, Syed memaklumkan individu yang terlibat dalam kes kecurian itu merupakan orang dalam yang berada di rumahnya sendiri.

Related Posts