Prince Syed borong emas hampir RM1 juta untuk isteri, puas hati dapat bergaya sakan raya nanti - The Reporter

Prince Syed borong emas hampir RM1 juta untuk isteri, puas hati dapat bergaya sakan raya nanti

Fatin Syazwani memegang rantai emas hadiah dari suaminya Prince Syed
Prince Syed Shahid dan suami, Prince Syed Shahid

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kalau orang lain sibuk cari baju raya, Prince Syed Shahid pula buat kejutan besar – dia belikan isterinya, Fatin Syazwani, barang kemas bernilai hampir RM1 juta hanya untuk sambutan Aidilfitri.

Tanpa berselindung, usahawan dan pempengaruh TikTok itu berkongsi detik “lepas geram” berbelanja besar dalam satu video yang kini tular di media sosial.

“Rasa puas hati sangat bila tengok dia senyum. Saya ni jenis suka reward isteri. Bila raya dah dekat, inilah masa nak bagi dia nampak paling bersinar,” katanya.

Menurut Syed, pembelian itu bukan sekadar ikut hati, tapi lebih kepada penghargaan buat wanita yang sentiasa bersamanya dalam semua keadaan — dari susah sampai ke tahap sekarang.

Antara yang dibeli termasuk rantai bernilai lebih RM300,000, gelang dan cincin yang berharga puluhan ribu ringgit, serta sebuah beg tangan bernilai RM15,000.

“Tak sangka juga, staf kedai layan baik sangat sampai saya tak sedar dah berhabis dekat sejuta,” katanya lagi berseloroh.

Hantaran tersebut kini mencecah lebih 3.2 juta tontonan di TikTok, dengan puluhan ribu tanda suka dan komen. Ramai netizen memuji kemurahan hatinya dan tak kurang juga yang ‘terkejut’ melihat jumlah emas yang diborong.

Total
0
Shares
Total
0
Share