Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Polis telah menahan sepasang suami isteri yang dipercayai membekalkan senjata api kepada seorang lelaki warganegara Israel yang ditahan baru-baru ini.
Kedua-dua suspek yang merupakan warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan pada jam 7.15 petang Jumaat, di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor.
Pemeriksaan lanjut di kediaman suspek turut menemui sepucuk pistol dalam beg galas di dalam sebuah kereta.
Polis mengesyaki suspek lelaki adalah individu yang bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki Israel yang memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis.
Pasangan suami isteri terbabit akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.
Semalam media melaporkan seorang lelaki warga Israel telah ditahan pada 12 Mac lalu bersama enam senjata api dan 200 butir peluru.
Suspek mendakwa kedatangannya ke Malaysia adalah untuk mencari dan membunuh seorang lelaki Israel berikutan masalah keluarga.
Sumber: Sinar Harian








