Penceramah bebas ditahan, disyaki edar video intim empat isterinya | The Reporter

Penceramah bebas ditahan, disyaki edar video intim empat isterinya

Seorang wanita bertudung duduk menghadap tingkap dalam bilik gelap, dan gambar tangan lelaki bergari dalam bulatan kecil.
Wanita dipercayai isteri suspek membuat laporan polis, manakala suspek ditahan kerana disyaki mengedar video intim.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam penyebaran rakaman video intim bersama empat isterinya, sekali gus mencetuskan kegusaran dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

Penahanan suspek dilakukan di Shah Alam pada Selasa lalu susulan laporan polis yang dibuat oleh isteri keduanya.

Difahamkan, wanita itu membuat laporan selepas menyedari suaminya menyimpan dan berkongsi bahan lucah yang memalukan.

Baca juga:

Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, hasil serbuan pihak polis merampas dua telefon bimbit serta sebuah komputer riba milik suspek. Pemeriksaan awal menemui beberapa rakaman hubungan intim dengan isteri-isteri suspek dan gambar lain yang turut mengaibkan beberapa wanita.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut tiga peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan berkaitan perlakuan mengaibkan kehormatan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Suspek dibebaskan dengan jaminan selepas tempoh reman tamat. Polis memaklumkan siasatan kini di peringkat akhir sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Related Posts