Polis tahan 2 lelaki, 1 wanita bagi bantu siasatan kes hilang | The Reporter

Polis tahan 2 lelaki, 1 wanita bagi bantu siasatan kes hilang

Sumber Gambar: Polis Iskandar Puteri, Media Sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dua lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah di Eco Galleria, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Johor Komisioner, M Kumar ketiga-tiga suspek berkenaan yang berusia 28 hingga 55 tahun ditahan di Gelang Patah, Iskandar Puteri, pada jam 1.30 tengah hari Isnin.

Bagaimanapun katanya, setakat ini kanak-kanak perempuan tersebut masih belum ditemui.

“Ketiga-tiganya akan direman esok. Siasatan dijalankan bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

“Jika sabit kesalahan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial tentang kehilangan kanak-kanak berkenaan. Kanak-kanak itu kali terakhir dilihat berpakaian baju T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan berseluar pendek.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts