Polis sahkan mayat ditemui di Banting adalah Yap Xin Yuan | The Reporter

Polis sahkan mayat ditemui di Banting adalah Yap Xin Yuan

mayat ditemui di Banting

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis mengesahkan mayat yang ditemui di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada Sabtu lalu adalah Yap Xin Yuan, 15, yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, identiti mayat berkenaan disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Menurutnya, mayat akan diserahkan kepada ahli keluarga di Hospital Banting pada petang ini.

“Mayat reput itu sah adalah remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini hasil ujian DNA yang dijalankan Jabatan Kimia Malaysia,” katanya.

Ketua Polis Selangor turut menyatakan siasatan masih diteruskan, termasuk mengenal pasti motif pembunuhan mangsa.

Terdahulu media melaporkan Yap Xin Yuan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya sejurus tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Remaja itu kali terakhir dilihat memakai baju tarian singa berwarna merah, dengan ketinggian 155 sentimeter, berat 39 kilogram, serta berambut panjang dan memakai pendakap gigi.

Related Posts