Polis minta Rita Sosilawati tampil beri keterangan | The Reporter

Polis minta Rita Sosilawati tampil beri keterangan

Rita Sosilawati dipanggil untuk beri keterangan berhubung dakwaan terima bungkusan terlarang.
Gambar: Facebook Rita Sosilawati.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, ahli perniagaan terkenal, Datin Rita Sosilawati, mendakwa adiknya menerima bungkusan mencurigakan yang dialamatkan ke rumah mereka.

Menurut Rita, bungkusan berkenaan beralamatkan dari Thailand dan mengejutkan apabila pihak Kastam menemui bahan terlarang di dalamnya.

“Scam terbaru! Alamat rumah pun dah tak selamat. Semalam pegawai Kastam datang rumah my sister. Mereka kesan parcel dari Thailand dan dalamnya ada ganja seberat 7g. Parcel itu memang alamat rumah dia, tapi nama penerima tak dikenali dan tiada seorang pun dalam keluarga tahu.

“Dah satu hal kena buat police cover report dan disoal siasat. Siapa yang menaniaya keluarga saya, saya doakan dia tak akan tenang dan selamat dunia akhirat,” tulisnya di Threads.

Hantaran yang dimuat naik oleh Rita Sosilawati di Thread
Baca juga:

Susulan pendedahan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan dan meminta Rita tampil membuat aduan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Kita minta individu terbabit tampil membuat laporan polis agar siasatan boleh dilakukan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts