Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan isu tular yang merakamkan seorang wanita telah ditampar oleh suaminya di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Ketua Polis Daerah Sepang memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video tersebut.
“Pengadu adalah adik kepada mangsa yang mengesahkan bahawa mangsa yang dipukul adalah kakak kandungnya berusia 35 tahun.
“Manakala, lelaki yang memukul mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang juga suami kepada wanita itu,” katanya.
Dalam pada itu juga, beliau menyatakan polis sedang dalam proses merakam keterangan saksi berkenaan kejadian itu dan pada masa sama giat mengesan keberadaan suspek dan mangsa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mahafiz Mat Lawi di talian 010-2396533,” katanya.
Terdahulu, satu rakaman siaran langsung (live) tular di media sosial yang dimuat naik oleh TikTok smrmotorsport merakamkan tindakan seorang lelaki menampar seorang wanita di sebuah pusat beli-belah yang dipercayai berlaku di Kota Warisan.
Sumber: Harian Metro








