Polis buru warga emas larikan wang tunai RM2,500 di majlis perkahwinan | The Reporter

Polis buru warga emas larikan wang tunai RM2,500 di majlis perkahwinan

Majlis Perkahwinan Pasir Mas

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan isu tular yang merakamkan seorang wanita warga emas melarikan beg tangan berisi wang tunai RM2,500 di Pasir Mas, Kelantan, polis kini giat mengesan suspek.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek yang dikenali sebagai Tuan Maimun Che Tuan, 61, mempunyai rekod alamat terakhir di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan.

Sehubungan dengan itu juga, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta untuk menghubungi pihak polis.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Tuan Maimun untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintenden Wan Noraida Wan Hamat di talian 03-793 2222.

“Kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook berkongsikan insiden yang tidak terjangka apabila seorang tetamu yang tidak diundang telah melarikan beg tangan yang mengandungi wang tunai RM2,500 semasa majlis perkahwinan.

Pada mulanya wanita berkenaan dikatakan hanya mahu menumpang tandas di dalam rumah, namun tidak disangka sempat melarikan wang tunai walaupun ketika itu kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di ruangan tersebut.

Related Posts