Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyatakan rasa kesal terhadap tindakan pihak tertentu yang menggunakan nama tokoh agama bagi mencetuskan perpecahan dalam masyarakat. Beliau menegaskan bahawa isu-isu kecil yang sengaja diperbesar-besarkan hanya akan menjejaskan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.
Beliau menegaskan, polemik kecil yang sengaja diperbesar-besarkan hanya akan memecahbelahkan rakyat serta menjejaskan usaha membangunkan negara. Katanya, saban hari masyarakat disajikan dengan isu “titik bengik” yang mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama.
“Hari-hari dikemukakan adalah masalah titik bengik yang memecahkan di antara kita. Ada orang menggunakan kononnya nama sebagai tokoh Islam, kononnya nama sebagai tokoh Hindu atau tokoh agama lain hanya untuk menimbulkan permasalahan,” katanya.
Baca juga:
- Kisah ‘Mahasiswa Abadi’: Tesis didakwa diambil rakan, Dessy kini alami tekanan mental
- 21 dulang emas bernilai RM9.7 juta dilarikan 4 lelaki bersenjata
- ‘Rafizi, lawan terus bukan lawan sekejap, bukan keluar sekejap’ – Syahir Sulaiman
Menurut Anwar, Malaysia hanya mampu terus membangun sekiranya rakyat berpegang kepada nilai akhlak, mengamalkan sikap saling menghormati dan menyebarkan mesej positif dalam kehidupan seharian.
Beliau turut menekankan bahawa walaupun Islam merupakan agama Persekutuan dan dianuti majoriti rakyat, hak semua kaum dan agama tetap diiktiraf serta dipelihara.
“Dan kita setuju, ikrar untuk jamin masa depan bersama dengan mengambil kira semua kaum dan menghormati hak semua agama, baru boleh aman,” ujarnya.
Sumber: Astro Awani








