Komitmen terhadap demokrasi dan keselamatan awam
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberi kerjasama penuh bagi memastikan himpunan ‘Turun Anwar‘ yang dianjurkan PAS berlangsung secara aman dan tertib. Arahan itu dizahirkan sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam menjunjung prinsip demokrasi serta menghormati hak bersuara, termasuk daripada pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata, PM turut berpesan agar keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan dan PDRM diminta membantu kelancaran perhimpunan tersebut yang dijadual berlangsung Sabtu ini, 26 Julai.
Baca juga:
- Pelajar tingkatan tiga maut selepas pamer aksi wheelie
- Lelaki ditemui maut dalam stor berkunci di fasiliti sukan UPSI
- ‘Tiada sekatan MyKad bagi BUDI95 selagi patuh undang-undang’ – JPN
Demonstrasi aman bukan ancaman, tetapi tanda kematangan
Kerajaan MADANI menegaskan perhimpunan aman dan perbezaan pendapat adalah sebahagian daripada amalan demokrasi yang matang, selagi ia tidak menyalahi undang-undang atau mengancam ketenteraman.
“Ruang bersuara bukan sahaja dibuka luas, malah dihormati. Kerajaan tidak menyekat kritikan membuta tuli, tetapi meraikan pandangan berbeza dengan semangat terbuka dan bertanggungjawab,” kata Tunku Nashrul.
Perdana Menteri turut menyeru rakyat untuk menjunjung demokrasi dengan akal waras, semangat matang dan keikhlasan dalam berbeza pendapat.
“Kerajaan MADANI berdiri teguh bukan kerana menutup ruang kritikan, tetapi kerana membuka ruang toleransi dengan penuh ihsan dan istiqamah,” katanya.
Sumber: Astro Awani











