Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran program RXZ Members 7.0 2025 yang bakal berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu pada 23 Ogos ini.
Dalam kenyataannya, Anwar menegaskan bahawa acara tersebut bukan sekadar himpunan peminat motosikal, sebaliknya menjadi wadah memperkukuh perpaduan, semangat patriotisme dan pembangunan ekonomi setempat. Beliau turut mengajak semua peserta mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kecintaan kepada tanah air sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Peranan komuniti permotoran diiktiraf kerajaan
Menurut Anwar, kerajaan MADANI mengiktiraf sumbangan komuniti permotoran sebagai pemangkin kebersamaan serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui aktiviti berimpak tinggi.
“Kerajaan MADANI akan terus menyokong inisiatif masyarakat yang membawa manfaat bersama, memperkukuh perpaduan serta membina budaya permotoran yang positif, selamat dan berdaya maju,” katanya.
Bagi memastikan kelancaran, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan memberi bantuan kawalan keselamatan sepanjang acara berlangsung.
Peruntukan awal RM100,000 dan doa kelancaran
Kerajaan turut menyalurkan peruntukan awal RM100,000 sebagai tanda komitmen menjayakan program kali ini, dengan perbincangan lanjut mengenai keperluan tambahan akan dibuat bersama penganjur pada minggu depan.


Dalam masa sama, komuniti RXZ Members mengucapkan penghargaan kepada Anwar dan Kerajaan MADANI kerana menyokong penganjuran edisi kali ini. Mereka mendoakan agar perjalanan semua penunggang yang hadir ke Terengganu berjalan lancar serta selamat.
Sumber: Facebook RXZ Members – Official








