Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Gurmit Singh, pelakon yang terkenal dengan watak Phua Chu Kang dalam sitkom Singapura, telah membuat penampilan mengejut di Kuala Lumpur. Gurmit, yang sinonim dengan kasut but berwarna kuning dan rambut bergulung, telah dikenali oleh banyak peminat yang masih mengingati watak ikonik tersebut.
Menurut Gurmit, kedatangannya ke Malaysia adalah untuk mempromosikan rancangan komedi terbarunya yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Julai.
Difahamkan, Gurmit telah dibawa oleh TikToker tempatan, Daniel Diskl, untuk mencuba makanan popular di Malaysia.
Dalam video yang telah dimuat naik, Daniel bertanya kepada Gurmit sama ada dia lebih suka nasi lemak dari Malaysia atau Singapura. Tanpa ragu-ragu, Gurmit mengakui bahawa dia lebih suka Nasi Lemak Malaysia berbanding nasi lemak dari negara kelahirannya sendiri.
Gurmit kelihatan begitu bersahaja ketika membuat pesanan nasi lemak, menambah lauk dalam nasi lemak pesanannya termasuk ayam goreng dan bergedil. Dia juga tidak kekok menjamah makanan itu menggunakan tangan, seperti kebiasaan masyarakat Melayu.
Sejak video itu dimuat naik tiga hari lalu, jumlah tontonan telah mencecah lebih daripada satu juta tontonan di TikTok dan 1,000 komen dari netizen. Banyak dari mereka mengimbau kembali kenangan mereka tentang sitkom Phua Chu Kang.
‘Dia makan dengan tangan weh!’

Menggamit kenangan!

“Ingat dulu masa kecik-kecik tengok Phua Chu Kang. Trademark yellow boot dia,” kata Dayana.
“Famous dia ni sampai tahap siapa-siapa pun yang pakai boot kuning kena panggil Phua Chu Kang,” kata Knupxtoys.