Pesawat terhempas di Nepal, 18 maut, seorang juruterbang terselamat | The Reporter

Pesawat terhempas di Nepal, 18 maut, seorang juruterbang terselamat

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Kathmandu, Nepal pada pagi Rabu, sebelum meletup dan terbakar, mengakibatkan 18 orang meninggal dunia dan hanya seorang juruterbang yang terselamat.

Tragedi itu berlaku selepas pesawat milik Saurya Airline berkenaan dilaporkan gagal berlepas dan terhempas ke tanah.

Foto: Viral Press

Video kejadian itu turut tular di media sosial, menunjukkan pesawat berkenaan menjunam laju ke darat setelah gagal berlepas.

Seorang juruterbang, Kapten MR Shakya, merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dan telah dikejarkan ke Hospital Perubatan Kolej Kathmandu.

Foto: Getty

Manakala juruterbang kedua pula ditemui meninggal dunia. Daripada 17 penumpang yang berada di dalam pesawat, 16 daripadanya merupakan warganegara Nepal dan anya seorang sahaja penumpang wanita.

Kesemua mayat mangsa yang ditemui telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Pihakberkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca tragedi. Lapangan terbang telah ditutup sementara bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan dan tentera membersihkan kawasan kejadian selepas api berjaya dipadamkan.

Sumber: The Sun

Related Posts