Persona Tenggelam Dalam Laut | The Reporter

Persona Tenggelam Dalam Laut

LUMUT – Gara-gara kecuaian seorang pemandu, kereta Proton Persona yang digunakannya terjatuh dalam laut, lapor sumber
Dalam kejadian itu, pemandu kenderaan tersebut dipercayai tidak mematikan enjin ketika memarkir keretanya. Malah, gear juga diletakkan dalam keadaan ‘neutral’. 
Akibatnya, dalam masa 10 minit kemudian, kenderaan itu bergerak secara mengundur ke belakang lalu terjatuh dalam laut. 

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.



Menurut kakak ipar pemilik kenderaan tersebut, kereta Proton Persona itu telah dipinjamkan kepada rakan pemiliknya, sementara adik iparnya itu bertugas di laut.  – The Reporter
Leave a Reply
Related Posts