Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seiring dengan perubahan masa dan teknologi, pelbagai pihak tampil dengan idea dan perubahan yang berbeza bagi menarik minat masyarakat.
Menerusi hantaran Pengarah Urusan Les’ Copaque, Haji Burhan Radzi menyatakan, satu permainan (game) Upin Ipin bakal dilancarkan pada suku pertama pada tahun depan.
Jelasnya, permainan konsol ini akan tersedia di Playstation 4 (PS4) dan Switch.
“Tahun lalu, kami telah meminta Streamline Inc. syarikat permainan ternama yang berpengkalan di Las Vegas untuk mengembangkan permainanan ini berdasarkan siri Upin Ipin.
“Semua staf Streamline yang terlibat dalam projek ini berpusat di Malaysia, dan mereka bekerja rapat dengan pasukan kami,” tulisnya.
Haji Burhan turut menjelaskan permainan tersebut dicipta dalam bentuk mesra keluarga, tanpa ada unsur keganasan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

“Insya-Allah, projek ini akan selesai pada Oktober 2024. Menunggu kelulusan penerbit, kami bertujuan untuk melancarkannya pada suku pertama tahun depan.
“Projek ni merupakan satu keterujaan dalam dunia permainan kerana berdasarkan siri televisyen terkenal.
“Kami berharap bahawa permainan ini akan menempatkan Malaysia di peta dunia permainan. Kami optimis bahawa projek ini akan berjaya dan akan menjadi sumber kebanggaan bagi Malaysia,” katanya.
Sementara itu netizen berasa teruja dengan kenyataan yang dikeluarkan dan tidak sabar untuk ‘masuk’ ke dalam permainan Upin Ipin.
Sumber: Hj Burhan Radzi








