'Pergi dulu Uncle!' - Lelaki terjun dari kereta selepas driver e-hailing bawa ke balai polis kerana disyaki cuba menipu - The Reporter

‘Pergi dulu Uncle!’ – Lelaki terjun dari kereta selepas driver e-hailing bawa ke balai polis kerana disyaki cuba menipu

Sumber gambar: Ahmad Azahari

Cubaan seorang lelaki menipu pemandu e-hailing tidak kesampaian apabila pemandu berkenaan terus menghala ke balai polis menyebabkan lelaki itu segera melarikan diri.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.31 pagi tadi, Ahmad Azahari berkata, dia mengenali wajah suspek yang satu ketika dahulu pernah melakukan perbuatan yang sama terhadapnya.

Suspek katanya menggunakan taktik yang sama kononnya tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar tambang ke destinasim, sebelum meminjam wang daripada kakaknya untuk melunaskan bayaran.

“Kepada driver-driver inDrive, hari ini aku dapat seorang penumpang lelaki Sabah dari Bukit TInggi Klang nak ke RHB Bank Bandar Baru Sungai Buloh.

“Sebelum ini aku dah dapat penumpang ini melalui Grab apps. Bila sampai RHB Bank Bandar Baru Sungai Buloh, dia terus cabut lari tanpa bayar.

“Hari ini dia order melalui inDrive. Mungkin dia dah disekat daripada menggunakan apps Grab. Dari awal lagi aku dah syak penumpang ini sama dengan penumpang yang menipu aku dulu,” katanya.

Enggan pisang berbuah dua kali, pengadu menurunkan sedikit kerusi penumpang depan agar kamera dapat merakam wajah penuh suspek.

Dalam perjalanan, suspek cuba meminjam wang pengadu sebanyak RM100 dan berjanji akan membayar tambang menggunakan duit kakaknya selepas sampai di destinasi.

Pengadu mengiakan sahaja permintaan suspek dan dalam masa sama membawa keretanya menuju ke balai polis berhampiran di Pandamaran.

Bagaimanapun, belum sempat masuk ke balai, suspek telah menyedari niat pengadu dan terus membuka pintu lalu terjun melarikan diri.

Tonton video penuh kejadian di Telegram The Reporter

“Baru je nak masuk ke dalam balai polis, dia dah terjun. Niat aku cuma nak tangkap si penipu ini sebab dulu dah pernah kena dengan Grab apps.

“Jadi, kepada driver-driver semua, tolong berhati-hati dengan penumpang ini,” katanya dalam hantaran AirAsia Ride & Grab Malaysia Community

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!