Penyelidik kesan isyarat baharu yang mungkin membawa kepada penemuan MH370 | The Reporter

Penyelidik kesan isyarat baharu yang mungkin membawa kepada penemuan MH370

Foto hiasan | Sumber: Fast Company

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyelidik Britain dilaporkan telah menemui isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang sepuluh tahun lalu di Lautan Hindi.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan krew dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dipercayai telah kehabisan bahan api sebelum terhempas ke dalam lautan. Walaupun usaha mencari dilakukan di kawasan seluas 119,140 kilometer persegi (46,000 batu persegi) telah dijalankan, hanya 18 keping serpihan pesawat yang ditemui di pantai.

Kini, penyelidik dari Wales dilaporkan telah mengesan isyarat selama enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang mungkin membawa kepada penemuan lokasi terakhir pesawat tersebut.

Hidrofon pada asalnya direka untuk mengesan ujian nuklear yang dilarang, telah mengesan isyarat berdekatan dengan masa di mana pesawat MH370 dipercayai terhempas.

Berdasarkan kajian penyelidik, Boeing 777 seperti MH370 akan menghasilkan tenaga kinetik setara dengan gempa bumi kecil jika terhempas dengan kelajuan 200 meter per saat (656 kaki per saat).

Impak sedemikian akan mencukupi untuk direkodkan oleh hidrofon beribu batu jauhnya.

Isyarat ini dikesan di Cape Leeuwin, Australia Barat, salah satu stesen hidrofon yang berjarak beberapa minit dari lokasi radar terakhir pesawat tersebut. – Anadolu Agency

Related Posts