Penyanyi 'No. 1' Malaysia disaman RM70 juta kerana memfitnah bekas menteri? - The Reporter

Penyanyi ‘No. 1’ Malaysia disaman RM70 juta kerana memfitnah bekas menteri?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh 6 hingga 8 Januari 2026 untuk perbicaraan kes saman yang difailkan oleh bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman.

Kes ini berhubung dengan dakwaan fitnah yang membabitkan hutang pelaburan berjumlah puluhan juta ringgit.

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh telah menetapkan tarikh tersebut untuk perbicaraan dan 5 Julai ditetapkan untuk pengurusan kes seterusnya.

Saksi dari portal berita akan dipanggil

Peguam T.Dheenish, yang mewakili Abdul Kadir, memaklumkan anak guamnya akan memberi keterangan pada perbicaraan tersebut.

Pihak plaintif juga berkemungkinan akan memanggil beberapa saksi dari portal berita yang telah menerbitkan dakwaan defendan.

Sementara itu, peguam Mohd Tajudin Abd Razak, yang mewakili Aliff Syukri, berkata, anak guamnya akan mengemukakan dua saksi, iaitu Aliff Syukri sendiri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Tuntut RM70 juta untuk fitnah

Abdul Kadir, pada 6 September tahun lalu telah telah memfailkan saman terhadap Aliff Syukri, 37, yang didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya di akaun media sosial miliknya pada 2 Julai 2023. Kenyataan tersebut membawa maksud bahawa beliau berhutang dengan Aliff Syukri berjuta-juta ringgit.

Sebagai tindak balas, Abdul Kadir menuntut Aliff Syukri membayar RM70 juta untuk fitnah bertulis dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah. Beliau juga meminta mahkamah mengeluarkan perintah supaya Aliff Syukri memberikan jaminan bertulis bahawa beliau tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap Abdul Kadir dan meminta maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosial Aliff Syukri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini.

Plaintif langgar perjanjian

Namun Aliff Syukri dalam pembelaannya mendakwa, beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta untuk mematuhi perjanjian usaha sama yang ditandatangani pada 26 November 2018, yang melibatkan Abdul Kadir, Aliff Syukri dan dua syarikat lain.

Aliff Syukri mendakwa, pihak-pihak dalam perjanjian tersebut gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan olehnya dan segala pelanggaran janji tersebut, termasuk janji yang diberikan oleh Abdul Kadir, adalah dalam pengetahuan Abdul Kadir sendiri.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!