Penunggang motosikal kemalangan selepas tunjuk isyarat jari tengah terhadap pemandu - The Reporter

Penunggang motosikal kemalangan selepas tunjuk isyarat jari tengah terhadap pemandu

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun terbabit dalam kemalangan apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di hadapan selepas dia menunjukkan isyarat jari tengah kepada pemandu kereta lain.

Lapor Readovka, kejadian memalukan itu berlaku pada bulan Ogos lalu di Jambatan Zolotoy di Vladivostok, Rusia.

Video kejadian tersebut yang dirakam oleh pemandu kereta, dengan pantas menular di media sosial dan telah ditonton lebih daripada 58,400 kali.

Sebelum kejadian, remaja tersebut sedang berlumba dengan motosikalnya dan menyedari pemandu kereta sedang merakam video.

Dalam cubaan untuk menarik perhatian, dia kemudian menunjukkan jari tengah ke arah kamera. Namun, disebabkan dia tidak menumpukan perhatian pada jalan raya, dia bertembung dengan kereta di hadapannya. Pelanggaran itu menyebabkannya remaja itu terjatuh.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan mengalami patah tangan kiri, tangan yang sama yang digunakannya untuk menunjukkan isyarat jari tengah.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian itu dan akan menentukan hukuman yang bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan remaja berkenaan.

Kejadian ini menimbulkan gelak ketawa di kalangan netizen, ramai yang berharap pemuda itu mendapat balasan yang setimpal.

“Karma tidak pernah tidur,” kata netizen.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!