Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dua penunggang motosikal (wanita) dilaporkan mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah kereta pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.
Menurut ahli keluarga kepada salah seorang mangsa, kejadian itu berlaku di pada Isnin lalu di Jalan Kargo, Sepang yang melibatkan dua buah motosikal dan dua buah kereta.
“Cerita semalam. Anak buah, Syaza Asyiqin, kemalangan. Hilux langgar kakak kat lampu isyarat Jalan Kargo. Semoga kakak cepat sihat,” kata Masdiana Ana.
Berdasar video dashcam dari saksi, Hilux terbabit kelihatan dipandu dengan laju dan tiada sebarang tanda pemandunya mahu memperlahankan kenderaan.
Akibatnya, Syaza yang sedang menunggu lampu isyarat hijau di persimpangan tersebut, dirempuh oleh Hilux tersebut sehingga tercampak beberapa meter ke depan. Motosikalnya turut menghentam sebuah lagi motosikal lain yang menyebabkan penunggangnya terjatuh dan mengalami keretakan di bahagian kaki.
Kereta pacuan empat roda itu pula, terbabas ke kawasan semak berhampiran.
Sementara itu, ibu mangsa, Mazianni Maz, memaklumkan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan bersyukur anaknya masih lagi bernafas.
“Alhamdulillah anak saya tiada apa-apa yang serius buat masa ini. Keputusan x-ray dan scan pun okay. Cuma jahitan di belakang kepala, luka di muka dan badan, serta bengkak di kaki.
“Allah panjangkan umur anak saya,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, kawasan kejadian merupakan kawasan yang kerap berlaku kemalangan.
“Kawasan sini memang selalu kemalangan. Semua kenderaan laju-laju di sini. Mentang-mentang jalan lurus,” kata Fazil.








