Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Berita baik buat kakitangan awam negeri Johor apabila diumumkan akan menerima insentif khas kewangan dua bulan gaji.
Insentif berkenaan akan diterima oleh kira-kira 17,704 penjawat awam negeri ini.
Perkara tersebut diputuskan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar semalam.
Kakitangan kerajaan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri turut menerima insentif tersebut.
“Semoga insentif ini menjadi motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Bangsa Johor,” katanya.
Dalam pada itu, kerajaan negeri Johor juga sedang meneliti cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah.
Onn Hafiz berkata, perubahan itu susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025
Sumber: Harian Metro








