Pelaksanaan kenaikan gaji baharu bagi Fasa Kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa hari ini, 22 Januari 2026, diharap dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan awam yang berterusan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelaksanaan kenaikan gaji itu adalah selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam menunaikan janji kepada penjawat awam.
“Alhamdulillah, seperti mana janji Kerajaan MADANI, hari ini 22 Januari 2026 merupakan tarikh kenaikan gaji baharu bagi Fasa Kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
“Semoga ia menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan awam yang berterusan. Saya berharap dengan penerimaan gaji baharu ini memberi sedikit kelegaan, berbelanjalah secara berhemah dan disarankan untuk membuat simpanan,” katanya.

Baca juga:
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
- Azhar Ahmad, Nik Alif Aiman capai perdamaian, selesai salah faham secara baik
Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar mengurus kewangan secara bijak serta memanfaatkan kenaikan gaji berkenaan bagi menjamin kestabilan kewangan jangka panjang, di samping terus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
“Semoga ia menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan awam yang berterusan.
“Saya berharap dengan penerimaan gaji baharu ini memberi sedikit kelegaan, berbelanjalah secara berhemah dan disarankan untuk membuat simpanan,” katanya.








