Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Beberapa hari lalu, tular video penjaja warga asing yang menjual makanan ala street food dari negara India yang dikerumuni oleh warga asing
Video tersebut telah dirakam di Jalan Hang Tuah, berhampiran dengan Masjid Al-Bukhary, selepas solat Jumaat pada 19 April lalu.
Baca: ‘Kata bawa masuk untuk kerja 3D, camne boleh meniaga ni?’ – Netizen
Video tular itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mengkritik pihak berkuasa kerana tidak tegas dalam menangani isu penjaja warga asing.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil maklum mengenai video tular itu dan telah menghantar sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasanya ke lokasi.
Bagaimanapun apabila tiba di lokasi, mereka mendapati penjaja haram itu sudah tiada. Semakan lanjut mendapati warga asing itu hanya berniaga selepas solat Jumaat sahaja.
Meskipun begitu, DBKL akan melaksanakan pemantauan berkala di lokasi itu dan tindakan tegas akan diambil jika terdapat sebarang aktiviti haram.
Sumber: Malaysia Gazette








