'Kata bawa masuk untuk kerja 3D, camne boleh meniaga ni?' - Netizen - The Reporter

‘Kata bawa masuk untuk kerja 3D, camne boleh meniaga ni?’ – Netizen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isu warga asing yang berniaga secara haram di tepi jalan telah menjadi titik perhatian dalam kalangan rakyat tempatan. Walaupun pihak berkuasa telah berkali-kali mengambil tindakan, namun masih ada warga asing yang degil dan terus mengulangi kesalahan yang sama.

Kedegilan mereka ini bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan.

Baru-baru ini, tular video di media sosial menunjukkan seorang warga asing yang menjual makanan di pusat bandar Kuala Lumpur.

Gerai yang dipercayai dibuka secara haram tersebut dikatakan beroperasi berdekatan dengan Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah pada setiap hari Jumaat.

Dalam video tersebut, jelas menunjukkan gerai tersebut dikerumuni oleh warga asing.

Video tular itu telah menimbulkan kemarahan dan kekecewaan di kalangan pengguna media sosial. Netizen mengecam pihak berkuasa yang gagal menangani masalah penjaja haram yang semakin hari semakin berani menunjukkan belang.

“Seronok jadi warga asing ni, boleh berniaga sesuka hati tanpa lesen, tanpa suntikan, tanpa risau dikenakan tindakan,” kata seorang netizen.

“Kita bermati-matian nak apply dan dapatkan lesen. Puak-puak ni selamba mak bapak dia je berniaga secara haram. Pihak berkuasa tidur ke?” tambah netizen lain.

Total
0
Shares
Total
0
Share