Setiap peniaga di kawasan awam perlu mendapatkan lesen sah sebelum memulakan perniagaan. Lesen bukan sekadar dokumen formal, tetapi penting bagi memastikan keselamatan, kebersihan, kawalan jumlah peniaga dan keadilan kepada mereka yang membayar sewa dan tapak secara sah. Kegagalan mematuhinya boleh mengundang tindakan penguat kuasa — seperti insiden yang sedang hangat diperkatakan ini.
Tular di TikTok, satu rakaman video memaparkan seorang peniaga air mineral dan tisu mengamuk selepas barangan niaganya disita dua individu yang dipercayai pegawai penguat kuasa, dipercayai berlaku di Dataran Merdeka ketika waktu hampir berbuka puasa semalam.
Lelaki tersebut kelihatan tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai berkenaan lalu membuang botol-botol air dan tisu di atas padang sebagai tanda protes. Kejadian itu disaksikan oleh ramai orang awam yang sedang ketika itu sedang menunggu azan maghrib.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila seorang wanita yang dipercayai kenalan peniaga itu turut campur tangan dan memarahi pegawai tersebut di khalayak ramai.
- ‘PAS wajar diberi laluan terajui jawatan PM’ – Isham Jalil
- UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan hingga PRU akan datang
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersimpati dengan peniaga yang mungkin terdesak mencari rezeki. Namun, majoriti berpendapat tindakan peniaga itu tidak wajar dan peraturan perlu dipatuhi bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
Tidak kurang juga ramai yang mempertahankan tindakan penguat kuasa, yang mana mereka hanya sekadar menjalankan tugas. Malah, jika peniaga itu dibiarkan berniaga sesuka hati, akhirnya kawasan awam seperti Dataran Merdeka akan dipenuhi peniaga tak berlesen tanpa kawalan.
Dalam masa sama, ada netizen menyuarakan kebimbangan terhadap trend ‘redah niaga – kena sita – tular – raih simpati’ yang semakin menjadi kebiasaan untuk menarik mendapatkan perhatian ramai.








