Peniaga dihalau kerana kerap kritik pasar awam dicemari sisa daging babi | The Reporter

Peniaga dihalau kerana kerap kritik pasar awam dicemari sisa daging babi

kritik pasar awam tercemar sisa daging babi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang peniaga tempatan di Pasar Awam Kuala Kubu Bharu, Selangor, mendakwa telah diusir oleh pihak berkuasa tempatan selepas mengadu dan mengkritik tahap kebersihan pasar tersebut.

Peniaga terbabit yang dikenali sebagai, Yap, terdahulu menyuarakan kebimbangannya mengenai sisa dan bahan buangan dari gerai daging babi yang mencemari longkang pasar, menjadikan kawasan itu tidak bersih dan tidak selesa untuk pelanggan Muslim.

Menurut laporan oleh AATV News, Yap yang menjual ayam dan sayur-sayuran terletak di antara gerai bukan halal. Keadaan ini menimbulkan ketidakselesaan kepada pelanggan Muslim. Dia kemudian meminta untuk dipindahkan ke kawasan halal, supaya pelanggan Muslim dapat membeli di gerainya dengan selesa.

Selepas perkara ini menjadi tular dalam media sosial, pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah tambil membersihkan pasar tersebut. Namun, tindakan yang diambil dikatakan tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah kebersihan yang dibangkitkan.

Yap mendakwa dia kemudian diberikan meja sementara jauh dari gerai lain oleh pihak MPHS, sebelum diusir. Yap kini terpaksa berkongsi gerai dengan anaknya sementara menunggu penyelesaian daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, Presiden Nambikkai Malaysia, Dato’ Dr Kalaivanar, telah tampil membantu dan menyuarakan sokongan kepada Yap. Beliau meluahkan rasa kecewa terhadap pihak berkuasa tempatan serta wakil rakyat kawasan tersebut kerana gagal menyelesaikan masalah ini.

Dato’ Dr Kalaivanar mengkritik DUN DAP kerana didakwa gagal menunaikan janji untuk membantu, sambil mendakwa pihak berkuasa menyatakan pasar penuh walaupun terdapat gerai kosong, yang dianggapnya sebagai tindakan “membalas dendam” terhadap Yap kerana sering mengkritik MPHS.

Dato’ Dr Kalaivanar menyeru pihak berkuasa agar tidak menindas peniaga kecil seperti Yap dan telah menghantar surat rasmi kepada ADUN Kuala Kubu Bharu untuk menarik perhatiannya terhadap isu ini.

Sumber: AATV News

Related Posts