Pengorbanan wanita jaga kakak ipar OKU mental raih pujian | The Reporter

Pengorbanan wanita jaga kakak ipar OKU mental raih pujian

Kakak ipar yang mesra dipanggil Kak Cik dijaga wanita berkenaan sejak enam tahun lalu.
Gambar tangkap layar perjalanan rutin harian wanita ini menghantar kakak ipar ke klinik

Seorang wanita berkongsi pengalaman menjaga kakak iparnya yang menghidap masalah mental sejak hampir 30 tahun lalu. Kakak iparnya, kini berusia 55 tahun, merupakan pesakit skizofrenia dan mempunyai tahap kecerdasan terhad dan berpotensi menghidap demensia.

Sejak enam tahun lalu, selepas kematian ibu mentuanya, wanita ini mengambil tanggungjawab menjaga kakak iparnya sepenuh masa. Setiap rutin harian melibatkan tugas yang mencabar, termasuk memastikan kakak iparnya makan, minum, mandi, serta menguruskan keperluan asas seperti buang air.

“Kalau tak, sama je diri dia macam orang sakit mental tepi jalan. Dia tak suka mandi, tak faham makanan basi, tak faham kena kencing berak di toilet,” luahnya.

https://www.tiktok.com/@nurul_fae17/video/7567178447844396309
Baca juga:
Hantaran di Thread perkongsian wanita ini raih pujian ramai

Menurut wanita ini, kakak iparnya yang mesra dipanggil Kak Cik tidak mempunyai adik beradik perempuan.

“Kak Cik tak ada adik beradik perempuan. Lapan lelaki dan Kak Cik sorang je perempuan. Suami saya anak ketujuh dan paling last kahwin,” katanya.

Kisah pengorbanan wanita ini mendapat perhatian ramai di media sosial. Netizen memuji sikap sabar dan dedikasi yang ditunjukkan dalam menjaga kakak iparnya, malah ramai yang berkongsi doa serta sokongan moral untuknya.

Related Posts