Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tindakan seorang penghantar makanan mencampak dan menyepak bungkusan makanan yang dipesan pelanggannya dalam video yang tular di media sosial hari ini mengundang kecaman ramai.
Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan, pelaku mengambil bungkusan makanan tersebut daripada rak yang disediakan. Secara tiba-tiba dia terus mencampak bungkusan tersebut ke lantai.
Tidak cukup dengan itu, bungkusan makanan turut disepak beberapa kali. Tindakan pelaku menarik perhatian, seorang lelaki berbaju hitam yang kemudian bertanya mengapa dia berbuat demikian.
takde mood nak kerja off je grab tu, takyah nak sepak2 makanan macam takde otak, kang kena banned kau juga meraban pic.twitter.com/55Rw0Kk69P
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) July 20, 2023
Tidak diketahui motif pelaku tetapi di media sosial, ramai netizen mengecamnya.
“Takde mood nak kerja, off je aplikasi Grab tu. Tak payah nak sepak-sepak makanan macam takde otak. Kang kena banned, kau juga meraban,” kata pengendali Twitter Malaysia Most Viral.
“Orang b#doh seperti inilah yang membuatkan rider-rider semua membangau. Bila tak ada order, bising macam #######. Dah dapat order, buat perangai macam ####. Baranlah aku,” kata Nain.
“Bang, kalau macam ni perangai, baik tak payah kerja. Duduk je kat rumah makan pasir. Jangan memekak nanti tak ada duit. Kau kalau takde mood, takde sape pun paksa ambil order kau. Tutup je la apps kau. Settle. Bagi orang yang ikhlas sikit cari rezeki daripada bagi kat kau dapat macam ni,” kata Bnvggett.
Sementara itu, pihak Grab Malaysia mengambil maklum mengenai video tular berkenaan dan sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti pelaku.
Sumber: Twitter








