'Penggunaan MyDigital ID ditangguh, bukan dibatalkan' - CEO | The Reporter

‘Penggunaan MyDigital ID ditangguh, bukan dibatalkan’ – CEO

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Integrasi penggunaan MyDigital ID dengan aplikasi MyJPJ bukan dibatalkan sebaliknya ditangguhkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Sdn Bhd, Mohd Mirza Mohd Noor memaklumkan integrasi penggunaan MyDigital ID dengan aplikasi MyJPJ bukan dibatalkan tetapi sebaliknya ditangguhkan.

Katanya, timbul salah faham mengenai perkara ini apabila beberapa laporan media telah salah memetik kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Penangguhan itu merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh bagi memastikan kejayaan ciri log tunggal serta meningkatkan pengalaman pengguna bukan ditafsirkan sebagai pembatalan.

“Menteri hanya umumkan penangguhan pelaksanaan ciri log tunggal yang membolehkan pengguna log masuk dengan satu akaun sahaja.

“Sepanjang tempoh penangguhan ini, pengguna masih boleh memilih untuk menggunakan log masuk MyJPJ sedia ada atau MyDigital ID untuk mengakses aplikasi tersebut,” katanya.

Terdahulu, Loke mengumumkan, orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini susulan menerima banyak aduan dan laporan mengenai sistem berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts