Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sejak kebelakangan ini, orang ramai mengkritik beberapa pengacara program televisyen yang didakwa tidak beretika dalam menjalankan tugas membuatkan ramai yang meluat dengan gaya pengacaraan mereka.
Isu berkenaan turut menarik perhatian pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, yang membuat teguran secara terbuka terhadap para pengacara yang dimaksudkan.
Menerusi hantarannya di Facebook, Ridhuan menegaskan pengacara tidak perlu membuat lawak bodoh untuk menghiburkan penonton. Tindakan sedemikian bukan sahaja memalukan diri, tetapi menampakkan pengacara itu tidak berilmu.
“Nak jadi hos biar berilmu. Jangan guna lawak bodoh untuk naik. Memalukan sahaja. Hos hari ini terkenal dengan lawak bodoh, bukannya ilmu. Perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua stesen TV.
“…pengacara TV atau program realiti TV mahu sangat menonjol hingga adab ke longkang.
“Hos perlu banyak membaca. Memintas percakapan, menyindir peribadi juri sepatutnya dielakkan. Paling jelek apabila memotong juri ketika bercakap dan menyentuh peribadi mereka.
“Nak potong cakap boleh, tapi kena ada adabnya atau ada perkara mendesak yang penting, yang ingin diketahui,” katanya.
Ridhuan juga menasihatkan hos yang sedia ada hari ini perlu muhasabah diri. Selain itu, perlu menyiapkan diri dengan membuat kajian, elakkan lawak-lawak bodoh yang menyentuh peribadi orang, tunjuk keperibadian mulia, bahasa tubuh yang baik, pandai menghidupkan suasana, selit unsur jenaka sedikit tetapi berilmu dan memberi impak.
“Ingatlah, biar penonton ingat kita dengan ilmu kita. Bukan lawak bodoh kita dengan memperbodohkan diri sendiri,” katanya.
Sumber: Facebook Ridhuan Tee