Penerjun Mexico dapat markah 0, dakwa fokusnya terganggu dek sorakan penonton - The Reporter

Penerjun Mexico dapat markah 0, dakwa fokusnya terganggu dek sorakan penonton

Penerjun Mexico, Aranza Vazquez, mendakwa sorakan penonton mengganggu tumpuannya semasa acara terjun 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Paris 2024, kelmarin.

Dalam percubaan terjunan keempatnya, Vazquez melakukan kesilapan besar dan terjun dengan posisi yang salah menyebabkan dia mendapat markah kosong.

Vazquez segera mengangkat tangan untuk membuat aduan kepada pegawai, mendakwa bunyi bising dari penonton mengganggu tumpuannya.

Namun, aduannya ditolak oleh pegawai pertandingan yang menyatakan bunyi tersebut tidak berlaku semasa terjunannya. Akibatnya, Vazquez jatuh dari kedudukan ketujuh ke tempat keenam belas, gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Selepas kejadian itu, Vazquez kelihatan sangat kecewa dan menangis.

Menurut jurucakap delegasi Olimpik Mexico, Jose Gomez Ruiz, Vazquez merasa sangat sedih dan hanya meminta untuk dibawa keluar dari tempat kejadian. Vazquez tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media selepas kejadian tersebut.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa Mexico atau delegasi Olimpik Mexico mengenai insiden ini. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!