Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pelajar perubatan, Hadi Nazari, 23, yang sebelum ini dilaporkan hilang selama 13 hari di Kosciuszko National Park, kini menjadi perhatian media. Beliau dikatakan sedang mencari peluang untuk menjual kisah hidupnya dengan tawaran mencecah RM450,000 ($100,000) bagi membayar yuran pengajiannya.
Hadi, yang dilaporkan hilang pada 26 Disember lalu ketika mendaki Hannels Spur Trail, dijumpai selamat pada 8 Januari lalu selepas usaha pencarian besar-besaran melibatkan lebih 400 penyelamat termasuk polis, helikopter, dan sukarelawan. Operasi tersebut dianggarkan menelan belanja RM9 juta (AUD$2 juta).
Beliau ditemui oleh sekumpulan pendaki berhampiran Blue Lake dan kelihatan sihat walaupun hanya bergantung kepada buah beri liar dan dua batang muesli sepanjang tempoh kehilangannya. Hadi kemudiannya dibawa ke pusat penyelamatan dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Enggan berkongsi pengalaman secara percuma
Hadi enggan berkongsi pengalaman tersebut secara terbuka. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan melalui polis yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penyelamat serta meminta privasi untuk pemulihan.
“Terima kasih kepada semua petugas yang tidak mengenal lelah mencari saya selama 13 hari dalam keadaan mencabar.
“Saya juga berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat atas doa mereka,” katanya.
Sumber mendakwa Hadi kini dalam rundingan untuk menjual kisah hidupnya kepada media dengan harga yang lumayan. Beberapa ejen media dilaporkan telah menghubungi keluarganya untuk mengatur perjanjian eksklusif.
Sumber: Daily Mail








