Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Hasrat seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah penduduk di Aceh, Indonesia, tidak kesampaian apabila dia dicekup dan dikurung dalam sebuah bilik.
Untuk memastikan suspek tidak melarikan diri, penduduk menakutkannya dengan ular sehingga membuatkan lelaki itu menjerit ketakutan.
Dalam video yang tular di media sosial menunjukkan suspek berterusan menjerit ketakutan kerana bimbang penduduk melepaskan seekor ular dalam bilik tersebut melalui lubang saluran pengudaraan.
Dalam masa sama, para penduduk yang menyaksikan kejadian itu ketawa melihat tindakan lelaki berbaju merah jambu berkenaan yang mengacah mahu melempar ular ke dalam bilik tersebut.
“Pencuri takut dengan ular,” tulis kapsyen video tersebut.
Suspek kemudian dikeluarkan dari bilik dan kedua belah tangannya terus diikat bagi mengelakkannya melarikan diri.
Tidak diketahui sama ada ular yang diguna untuk menakutkan suspek adalah ular sebenar atau mainan.
Sementara itu netizen di media sosial memuji tindakan para penduduk yang tidak mencederakan suspek.
“Aku lebih setuju suspek diperlakukan macam ni daripada dipukul beramai-ramai sehingga berdarah dan cedera parah,” kata Widiayufa.
“Dia lebih takut mati dipatuk ular daripada mati dibelasah penduduk,” kata Ryan.
Sumber: Indo Zone