Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang penceramah agama dari Jawa Barat telah tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya sebelum ini mengundang kontroversi.
Ceramah yang disampaikan oleh lelaki terbabit didakwa turut mengandungi kandungan pelik. Antaranya dia mendakwa dirinya boleh berkomunikasi dengan semut.
Menerusi video berdurasi 2 minit 19 saat yang dimuat naik di saluran YouTube, lelaki itu bersama dengan tiga individu lain tampil memohon maaf secara rasmi kepada masyarakat setempat.
“Saya dari Pondok Pesantren Uniq Nusantara Pancasila memohon maaf yang sebesar-besarnya atas klip kontroversi ceramah saya sebelum ini,” kata Abuya Mama Ghufron atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Ghufron Al Bantani.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi ini. MUI akan terus memantau dan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai ceramah kontroversi lelaki tersebut.
Ekoran kontroversi itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) memaklumkan pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dan akan memperhalusi secara mendalam berhubung ceramah lelaki berkenaan.
Sumber: Sinar Harian








