Penagih dadah yang juga pemegang kad UNHCR ditahan kerana mencabul wanita warga emas - The Reporter

Penagih dadah yang juga pemegang kad UNHCR ditahan kerana mencabul wanita warga emas

Sumber gambar: Orang awam, Polis Ampang Jaya

Rabu lalu, seorang lelaki pemegang kad UNHCR ditahan polis kerana mencabul wanita warga emas di Jalan Bunga Tanjung.

Lapor Kosmo! Online, perbuatan penagih dadah itu sempat dirakam oleh orang awam dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 71 tahun pada hari yang sama.

Menurut mangsa, dia yang sedang mengumpul kotak terpakai untuk dijual pada jam 3.30 petang, tiba-tiba didatangi oleh suspek yang meraba pahanya.

Walaupun mangsa telah menegur perbuatan jijiknya itu, suspek tidak mengendahkan dan berterusan mencabulnya. Malah dengan berani membuka seluar sendiri dan menyentuh kemaluan pada mangsa.

Orang awam yang terdengar jeritan mangsa lalu bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek berusia 23 tahun itu lalu diserahkan kepada polis.

Pemeriksaan mendapati, suspek yang bekerja sebagai tukang sapu itu positif dadah jenis ketamin.

Suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!