Pemuda DAP menegaskan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh perlu “menelan semula apa yang pernah diungkap” sekiranya masih mahu mengekalkan jawatan sebagai EXCO Melaka, susulan pendiriannya yang bercanggah dengan hala tuju rasmi UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
Sayap DAP itu menegaskan, kenyataan Presiden UMNO yang mengekalkan komitmen bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal menjadikan seruan Akmal sebelum ini untuk menarik diri sebagai tidak selari dan mengelirukan.
Justeru, jika beliau memilih untuk terus berada dalam kerajaan negeri, semua retorik yang pernah dilontarkan wajar ditarik balik.
Baca juga:
- UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan hingga PRU akan datang
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
Menurut Pemuda DAP, tindakan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian rasmi parti sendiri, namun pada masa sama mengekalkan jawatan dalam kerajaan, menunjukkan sikap ‘cakap tak serupa bikin’. Selain mencetuskan persepsi negatif terhadap kesepaduan kerajaan dan usaha reformasi yang sedang dilaksanakan.
Mereka menambah, jika Akmal bertegas dengan pendiriannya, langkah berundur daripada jawatan EXCO adalah pilihan paling konsisten. Jika sebaliknya, beliau perlu menghentikan kenyataan yang bercanggah dan memberi tumpuan menyokong agenda kerajaan demi kesejahteraan rakyat.
Gesaan itu dibuat susulan kenyataan Akmal sebelum ini yang mencadangkan UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menghidupkan semula kerjasama Muafakat Nasional, yang mencetuskan reaksi bercampur dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan dan ahli UMNO sendiri.
Sumber: Berita Harian










