Pemuda berusia 22 tahun maut akibat strok haba - The Reporter

Pemuda berusia 22 tahun maut akibat strok haba

Foto hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pemuda berusia 22 tahun dilaporkan maut akibat daripada strok haba.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata kes yang berlaku di Maran, Pahang itu berlaku pada 2 Februari lalu.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

“Kita bersyukur, kita belum berada di tahap ketiga iaitu gelombang haba ekstrem, namun ini boleh berlaku bila-bila masa jika kita lihat bahawa perubahan iklim dan berlakunya penipisan lapisan ozon menyebabkan negara kita tidak terlepas daripada cuaca panas ekstrem.

“Mudah-mudahan kita berusaha dengan cara yang baik termasuk pembenihan awan yang dilakukan Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Angkatan Tentera Malaysia di beberapa kawasan tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menjelaskan setiap operasi bagi kos pembenihan awan menelan belanja kurang RM100,000 dan bergantung kepada keadaan awan dan tiupan angin yang sesuai.

Sementara itu, dalam satu laporan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan sebanyak 27 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di seluruh negara sehingga Rabu (20 Mac) dengan sembilan daripadanya melibatkan strok haba dan 18 lagi kes kelesuan haba.

Sumber: Bernama, Sinar Harian

Total
0
Shares
Total
0
Share