Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pempengaruh dikenali sebagai ‘Seketul Faiz’ tampil menjelaskan kedudukannya selepas video dirinya merasmikan majlis Anugerah Akademik Mudzaffar Shah di SK Sultan Mudzaffar Shah, Bedong, tular di media sosial.
Dalam kenyataannya, Faiz menegaskan bahawa dia bukan wakil rakyat atau figura politik, sebaliknya dijemput atas kapasiti sebagai usahawan muda.
“Saya bukan YB, saya cuma Seketul Faiz yang menjadi perasmi majlis Anugerah Akademik Mudzaffar Shah,” katanya dalam video yang kini tular di TikTok.
Kehadirannya di majlis itu mendapat sambutan daripada pelajar dan guru yang hadir, namun turut mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.
Baca juga:
- Bekas wartawan FMT Rex Tan ditahan susulan soalan kontroversi
- Kerajaan tarik balik bantuan STR & SARA selepas lelaki ini kantoi miliki enam hartanah
- ‘Tolong beritahu Presiden kamu, kami hanya ada minyak masak’ – Komen lucu rakyat Malaysia
Netizen kritik tindakan pihak sekolah
Beberapa pengguna media sosial mempersoalkan tindakan sekolah menjemput Faiz sebagai perasmi.
Seorang pengguna X menulis bahawa menjemput individu sebegitu “buat rosak pemikiran budak,” dan menegaskan populariti atau kekayaan tidak menjadikan seseorang layak dijadikan ikon.
“Kalau nak jemput influencer macam Khairul Aming, Sofyank, Alif Satar dan setaraf, baguslah. Tapi ini jemput yang begini, buat rosak pemikiran budak je. Just because someone has a large number of followers or looks wealthy doesn’t mean they can be an icon,” tulisnya.

Kenyataan itu menerima pelbagai reaksi, ada yang bersetuju dan ada yang berpendapat sekolah sepatutnya memberi ruang kepada anak muda yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Baca juga:
- ‘Saya kesal & minta maaf’ – Rex Tan akui silap, gagal jaga sensitiviti
- George Galloway tolak perbandingan komuniti Cina di Malaysia dengan Palestin
- ‘Senang cipta keserasian bila bermadu dengan kawan sendiri’
JPN Kedah buka siasatan
Susulan isu tular itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengeluarkan kenyataan rasmi pada Selasa bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap sekolah berkenaan.
Menurut JPN Kedah, tindakan menjemput pempengaruh media sosial tersebut tidak selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan pihak sekolah boleh dikenakan tindakan jika didapati melanggar garis panduan jemputan tetamu luar.
“JPN Kedah memandang serius isu jemputan seorang pempengaruh merasmikan majlis anugerah akademik. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan,” kata kenyataan itu.
JPN turut mengingatkan semua pentadbir sekolah agar memastikan setiap jemputan dibuat kepada tetamu yang boleh menjadi contoh positif kepada pelajar, selaras dengan hasrat pendidikan negara.











