Pempengaruh promosi minuman kesihatan, dakwaan rawat pelbagai penyakit kronik dipersoal? | The Reporter

Pempengaruh promosi minuman kesihatan, dakwaan rawat pelbagai penyakit kronik dipersoal?

Isu dakwaan overclaim minuman kesihatan dipromosi pempengaruh tanpa bukti klinikal rasmi.
Dakwaan rawat penyakit kronik dalam promosi minuman kesihatan dipersoal, pengguna terutama warga emas diingatkan agar lebih berwaspada.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dalam era media sosial, promosi produk kesihatan semakin agresif dan mudah diakses, termasuk kandungan yang mengaitkan sesuatu produk dengan pelbagai dakwaan manfaat kesihatan. Trend ini mencetuskan persoalan besar tentang tahap ketepatan maklumat yang diterima pengguna serta risiko jika dakwaan tersebut tidak disokong bukti klinikal.

Promosi sebuah produk minuman kesihatan yang tular baru-baru ini kini mencuri perhatian orang ramai apabila ia dikaitkan dengan pelbagai dakwaan rawatan penyakit dan didakwa mengandungi unsur ‘overclaim‘.

Baca juga:

Dakwaan mampu rawat pelbagai penyakit mengundang keraguan

Produk berkenaan dipromosikan oleh seorang pempengaruh media sosial dan digambarkan seolah-olah mampu membantu pelbagai masalah kesihatan serius. Antara dakwaan yang dipaparkan termasuk membantu masalah gastrik dan GERD, kolesterol tinggi, kencing manis, sakit lutut, kebas badan, batuk berpanjangan serta sakit kepala.

Malah, terdapat interaksi di ruangan komen yang mengaitkan produk berkenaan dengan masalah kesihatan kronik, termasuk penyakit melibatkan organ dalaman. Beberapa tangkap layar menunjukkan pertanyaan pengguna dijawab secara ringkas dengan jawapan positif, disertai saranan dos pengambilan.

Situasi ini mencetuskan kebimbangan kerana dakwaan sedemikian lazimnya memerlukan penilaian menyeluruh dan rawatan profesional oleh pengamal perubatan bertauliah, khususnya bagi pesakit kronik.

Netizen bimbang pengguna warga emas mudah terpengaruh

Isu ini mengundang reaksi netizen yang bimbang pengguna, khususnya warga emas dan pesakit kronik, mudah terpengaruh dengan dakwaan kesihatan tanpa bukti klinikal yang jelas.

Sebahagian mereka turut menggesa pihak berkuasa berkaitan agar memantau dan menyiasat promosi produk kesihatan di media sosial supaya tidak mengelirukan pengguna serta mematuhi peraturan sedia ada.

Setakat ini, tiada pengesahan klinikal atau kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung dakwaan keberkesanan produk berkenaan.

Related Posts