Pemilik Airbnb apartment Vietnam puji penyewa bernama Rosmah dari Malaysia, tinggalkan apartment kemas & tersusun - The Reporter

Pemilik Airbnb apartment Vietnam puji penyewa bernama Rosmah dari Malaysia, tinggalkan apartment kemas & tersusun

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pemilik Airbnb sebuah pangsapuri di Vietnam memuji tindakan penyewa kediamannya apabila mendapati kediaman tersebut ditinggalkan dalam keadaan kemas dan bersih.

Situasi tersebut mengejutkan mereka sehinggakan mereka mengalu-alukan kembali kedatangan penyewa tersebut.

Bukan sahaja kemas dan bersih, malahan penyewa tersebut juga meninggalkan beberapa barangan dapur dan buah longan.

Namun, melalui video tersebut, didapati barangan dan buah yang ditinggalkan adalah sinonim dengan Malaysia seperi Mi Cintan, Mamee Kari dan buah longan.

https://www.tiktok.com/@luminous.apartment/video/7346201652732497160?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7350444277065745938

“Pergi bersihkan apartment Airbnb dan hari ni saya terkejut dan mungkin ini hari bertuah saya.

“Sebelum masuk ke rumah, saya bayangkan rumah tu akan bersepah dan kotor. Tapi sebenarnya sangat bersih.

“Mereka bersihkan semua barangan dalam rumah ni dengan bersih dan susun dengan kemas,” katanya.

Lagi mengejutkan mereka apabila mendapati katil ditinggalkan dalam keadaan kemas sepertimana hari pertama mereka mula-mula mendaftar masuk.

“Bukan hanya satu bilik, kesemua bilik ditinggalkan dalam keadaan kemas dan tersusun.

“Jom, datang semula kat kami,” katanya.

Sumber: Luminous Apartment

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!