'Pembekal mengaku stoking kalimah Allah dimasukkan dalam pembelian secara tak sengaja' - Pihak Kilang | The Reporter

‘Pembekal mengaku stoking kalimah Allah dimasukkan dalam pembelian secara tak sengaja’ – Pihak Kilang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Syarikat pengedar stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd, yang terbabit dalam kontroversi pengedaran stoking tertera kalimah Allah, kini berdepan dengan kebimbangan berhubung kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya.

Difahamkan, data peribadi yang bocor di laman sosial memaparkan alamat kediaman pengurusan tertinggi syarikat. Malah, mereka turut menerima ancaman keganasan, termasuk ancaman untuk membakar kilang dan membahayakan nyawa.

“Kami menyeru rakyat Malaysia untuk kekal tenang dan menahan diri daripada terbabit dalam sebarang bentuk keganasan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, syarikat tersebut telah menghubungi pembekalnya di China untuk menuntut penjelasan. Pembekal mengaku bahawa stoking yang bermasalah itu telah dimasukkan dalam pembelian syarikat secara tidak sengaja.

Xin Jian Chang Sdn Bhd kini sedang mengkaji tindakan undang-undang yang bakal diambil ke atas pembekalnya yang lalai dalam menangani pesanan mereka.

Sumber: Harian Metro

Related Posts