Pemandu lori nafi ugut bunuh Baby Shima, tegaskan akaun Facebook digodam | The Reporter

Pemandu lori nafi ugut bunuh Baby Shima, tegaskan akaun Facebook digodam

pemandu lori nafi ugut Baby Shima
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sejak malam tadi, heboh Baby Shima didakwa menerima ugutan bunuh, namun individu terbabit tampil menafikan pembabitannya dalam kes tersebut.

Mel Maxpherson Munded, 35, mendakwa akaun Facebook miliknya telah digodam dan membuat laporan polis di Balai Polis Sg. Maong pada jam 9.30 pagi tadi.

Menurut Mel, dia menerima gambar tangkap layar hantaran komen berbaur ugutan itu melalui kakaknya pada jam 6.15 pagi, 31 Disember 2024. Komen itu berbunyi:

“Lagi u masuk Sarawak!! Hati-hati. Your enemy now M u sudah!! Jangan pulang Melaya dengan mayat saja, ok! Take care Baby Shima.”

Mel menegaskan dia tidak pernah meninggalkan komen sedemikian di mana-mana laman Facebook. Dia juga menegaskan akan membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat dan mengenal pasti alamat IP pelaku sebenar.

Dalam pada itu, Mel memberi amaran kepada mana-mana pihak yang meninggalkan komen negatif atau menyebarkan gambar keluarganya akan berdepan dengan tindakan undang-undang termasuk laporan polis akan dibuat terhadap individu yang berbuat demikian.

Related Posts