Pemandu Honda kuning 'Along Kubur' rupanya pengedar dadah, 15 rekod jenayah lampau - The Reporter

Pemandu Honda kuning ‘Along Kubur’ rupanya pengedar dadah, 15 rekod jenayah lampau

Pemandu Honda kuning diberkas polis selepas aksi kejar-mengejar, disahkan pengedar dadah.
Pemandu Honda kuning ada 15 rekod jenayah.

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 40-an yang memandu Honda Prelude kuning dan tular selepas dikejar polis di Kluang akhirnya diberkas, dengan polis mengesahkan dia terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek yang dikenali sebagai ‘Along Kubur’ ditahan selepas aksi kejar-mengejar sejauh lima kilometer bermula dari persimpangan Jalan Haji Manan sehingga lampu isyarat Kluang Mall pagi tadi.

“Suspek dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba diperiksa oleh anggota Kereta Peronda Polis (MPV). Bagaimanapun, dia bertindak melarikan diri sehingga memaksa polis mengejarnya,” katanya.

Selepas ditahan, polis menemui dadah jenis heroin pada suspek, manakala ujian saringan air kencing mendapati dia positif methamphetamine. Semakan lanjut juga menunjukkan suspek mempunyai 15 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.

Suspek kini ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dan mengedar dadah, serta beberapa seksyen lain termasuk Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

Mahkamah Majistret hari ini membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!