Pemandu Honda City tumbuk muka pemandu van didenda RM1,000 | The Reporter

Pemandu Honda City tumbuk muka pemandu van didenda RM1,000

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 33 tahun didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majisteret Kulai hari ini atas kesalahan mengasari seorang pemandu van di Jalan Persiaran Sri Putri Utama.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tan Seng Lee berkata, dalam kejadian yang berlaku pada Ahad kira-kira pukul 2.42 petang, tertuduh yang memandu kereta jenis Honda City, didakwa mengasari pemandu van jenis Nissan C22 berusia 34 tahun.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada hari yang sama dan mendakwa dia dikasari oleh tertuduh yang menyebabkan dia mengalami kecederaan di bibir dan bengkak di pipi.

https://twitter.com/update11111/status/1800840703951683968

Video berhubung kejadian itu juga tular di media sosial, yang kemudiannya membawa kepada penahanan tertuduh pada hari yang sama, kira-kira pukul 8.30 malam.

Hasil siasatan polis mendapati, pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham di mana mangsa keluar simpang di Taman Gunung Pulai dan hampir bertembung dengan kereta yang dipandu oleh tertuduh.

Selain itu, semakan mendapati tertuduh mempunyai satu rekod berkaitan jenayah lampau. Namun, ujian saringan awal air kencing tertuduh menunjukkan negatif dadah.

Tan turut menjelaskan tertuduh bukanlah anak kepada anggota polis seperti yang ditularkan.

Tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut dan didenda sebanyak RM1,000. Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara selama empat bulan.

Sumber: Buletin TV3

Related Posts