Pemandu Bezza dikejar 28 MPV polis, dipenjara sebulan, denda RM10,000 - The Reporter

Pemandu Bezza dikejar 28 MPV polis, dipenjara sebulan, denda RM10,000

Sumber gambar: Berita Harian, Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat 8 Disember 2023, menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM10,000 terhadap pemandu Perodua Bezza yang dikejar 28 kereta peronda polis dalam video tular di media sosial baru-baru ini.

Tertuduh, B Anbarasan, 27, yang bekerja sebagai pemandu lori itu mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu dan menghalang tugas penjawat awam.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha turut mengantung kelayakan tertuduh untuk memandu selama lima tahun, selain diperintah menjalani hukuman penjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda RM10,000.

Pada jam 1.30 pagi, Selasa, 5 Disember 2023, tertuduh memandu Perodua Bezza secara melulus yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain di Jalan Utara.

Pemandu lori itu juga didakwa menghalang tugas penjawat awam (polis), Koperal Mohd Faizal Sulong daripada menjalankan tugas di tempat dan waktu yang sama.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman minimum kerana perlu menanggung keluarga dan anaknya berusia setahun.

Tetapi, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana tertuduh melakukan kesalahan serius.

Sementara itu dalam pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen, tertuduh dan isterinya, M Rishlani, 21, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sebilah pisau tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Hakim kemudian membenarkan pasangan suami isteri itu diikat jamin RM5,000 dan diperintah melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai. Tarikh 16 Januari 2024 untuk sebutan semula kes.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!