‘Peliklah tiba-tiba Freemason nak taja orang macam saya’ - Shuib tegaskan BubbleBee berjaya berkat sokongan orang ramai - The Reporter

‘Peliklah tiba-tiba Freemason nak taja orang macam saya’ – Shuib tegaskan BubbleBee berjaya berkat sokongan orang ramai

Hanya kerana berjaya dalam perniagaan BubbleBee yang diusahakan sejak tiga tahun lalu, pelawak dan penyampai radio, Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak menyenangi kejayaannya itu sehingga sanggup melemparkan fitnah.

Shuib mengakui perniagaan BubbleBee miliknya itu berjaya meraih keuntungan RM150 juta dan mampu membuka banyak cawangan dengan kekuatan pekerja lebih daripada 300 orang, adalah hasil daripada usaha dan sokongan orang ramai.

“Saya nak beritahu, hasil jualan BubbleBee untuk tiga tahun ini sebanyak RM150 juta dan kini ada lebih 300 pekerja.

“Kejayaan ini saya percaya adalah berkat sokongan daripada orang ramai juga yang yakin dengan perniagaan saya. Walaupun ada banyak pihak tidak bertanggungjawab mendakwa dana perniagaan ini dilaburkan golongan Freemason.

“Peliklah orang macam saya ini tiba-tiba Freemason nak labur duit. Kita cari duit susah pagi petang siang dan malam, tiba-tiba orang tuduh kita pengikut Freemason.

“Kalau saya begitu, tak adalah kerja lagi, jadi penyampai radio. Patut sekarang ini relaks saja duduk atas kapal layar sambil bercuti.

“Jadi, saya minta sangat hentikan tabur fitnah begini dan harap hal begini tidak berlaku lagi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!