Pelawak terkenal dihukum penjara 6 bulan di Jeddah | The Reporter

Pelawak terkenal dihukum penjara 6 bulan di Jeddah

Gambar hiasan | Sumber: Freepik

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Status terkini mengenai pelawak terkenal yang ditahan di Jeddah terjawab apabila dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Memetik laporan dari Berita Harian, suspek dijatuhkan hukuman berkenaan ketika perbicaraan November lalu.

Bagaimanapun, sumber memaklumkan, berkemungkinan pelawak berkenaan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan jika berkelakuan baik.

“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini,” katanya.

Terdahulu, tular mengenai penahanan seorang pelawak terkenal yang ditahan di Jeddah kerana disyaki membawa bahan terlarang.

Selebriti berkenaan dikatakan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya.

Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.

Related Posts