Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Suasana pendaftaran pelajar baharu di universiti seluruh negara diserikan dengan pelbagai kisah. Ada yang mengundang senyuman, tidak kurang juga yang menyentuh hati. Setiap kisah yang dikongsikan membawa makna tersendiri buat warga kampus dan masyarakat.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tumpuan turut terarah kepada penampilan pelajar baharu yang hadir mendaftar. Ada yang mencuit perhatian dengan membawa anak patung kesayangan dan ‘bantal busuk’, menjadikan suasana pendaftaran lebih ceria dan penuh warna.
Namun kali ini, tumpuan beralih kepada seorang gadis manis yang tular menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
Nur Qaireena Abdul Rahman, pelajar dari Johor yang kini memulakan pengajian dalam program Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian, mencuri perhatian ramai apabila tampil mengenakan baju kurung Kedah ketika hari pendaftarannya di UPM.
Baju tradisional itu bukan sekadar pakaian biasa, tetapi simbol kasih dan kenangan terhadap arwah neneknya yang sangat disayangi.
Lebih menarik, Qaireena memilih untuk melanjutkan pelajaran di UPM kerana terinspirasi oleh cikgunya yang juga merupakan alumni universiti berprestij tersebut.
“Terinspirasi oleh pendidik yang juga alumni UPM, Qaireena memilih untuk meneruskan legasi ilmu di sini sambil mengenang kasih arwah nenek melalui baju kurung Kedah yang disarungnya, penuh makna dan kenangan,” tulis UPM dalam hantaran tersebut.
Kisah Qaireena nyata menyentuh hati ramai, melambangkan semangat pelajar baharu yang bukan sahaja melangkah ke menara gading untuk menimba ilmu, tetapi turut membawa bersama nilai kekeluargaan, tradisi, dan warisan budaya yang tinggi.









